Wednesday, January 9, 2008

Tips untuk mengekalkan susu ibu

Tip ini adalah berdasarkan pengalaman saya. Caranya ambil 5 biji buah kurma lepas tu blend dengan segelas air... lepas itu minum....insyaallah ia dapat mengekalkan jumlah susu ibu dan ibu pun akan rasa lebih bertenaga secara natural. Untuk menambahkan lagi keenakan jus kurma tadi, ibu-ibu juga boleh mencampur dengan susu segar... kalau nak blend sepenuhnya dengan susu segar pun boleh...tapi takut rasa muak...so ibu-ibu campur separuh susu segar, separuh air masak...

Selamat mencuba...

Monday, January 7, 2008

Penyusuan Ibu sepenuhnya

Dulu masz selalu rasa macam x percaya je nak bagi susu ibu sepenuhnya pada baby... selalu rasa susah je bila nak buat macam tu... anak pertama dan kedua masz campur je dengan susu tepung... tapi keinginan nak bagi susu ibu tetap ada dalam hati masz sehinggalah....
Masz dapat anak ketiga pada 10-08-2007 (tarikh ni sama dengan anak kedua masz) dan diberikan nama Nur Nabilah...abah dia yang bagi supaya nabilah ini jadi anak yang pintar sesuai dengan nama yang diberi... Nabilah ni terlalu sensitif dengan susu ... masa dalam pantang masz cuba jugak biasakan dia dengan susu tepung (berbagai jenama tepung) sebab masz bekerja...takut kalau x biasakan dia xnak pulak nanti bila masz abis pantang.. tetapi setiap kali masz bagi muka nabilah akan merah padam secara tiba-tiba dan akan disusuli dengan muntah-muntah. Risau sangat melihat keadaan dia yang tidak boleh minum susu tepung apatah cuti bersalin dah hampir habis....
Tiba hari masz bekerja,apa yang masz boleh fikirkan adalah memerah susu untuk diberikan kepada si baby nanti.... alhamdulillah masz boleh perah susu sebanyak 8 OZ .... mesti kenyang nabilah nanti... tapi kuantiti tu cukup untuk separuh hari sahaja...
Dan sekarang alhamdulillah, susu untuk diberikan kepada nabilah sentiasa mencukupi dan kini nabilah sudah berumur 5 bulan...tubuh badannya sihat dan tegap dan sentiasa tersenyum..(teringat kat nabilah.. rindu kat dia)
Masz rasa perlu kongsi cerita ini sebab dulu masz rasa x mungkin ibu yang bekerja boleh memberi susu ibu sepenuhnya... tapi ternyata ianya lebih mudah dari yang disangkakan.. dan masz bersyukur tuhan tunjukkan jalan supaya masz dapat memberi susu ibu sepenuhnya pada baby masz...

Catatan Pertama

Hari ini masz cuba buat blog yang pertama...saja je untuk menulis apa yang nak ditulis.. (padahal orang lain lama dah ada blog sendiri) Bukan tak nak buat... tapi tak tau nak tulis apa..lagipun kerja-kerja kat opis pun banyak sangat sampai tak terbuat... tapi bukan maknanya sekarang x de kerja cuma dah pandai sikit menguruskan kerja supaya lebih teratur dan dapat menjimatkan masa (kira-kira dah expert sikit lah sekarang ni)