Monday, December 22, 2008

Konvensyen Falak Negeri Pahang 2008

Bermula 22-23/12/2008, Masz menghadiri konvensyen Falak. Seronok menghadiri Konvensyen tu sebab banyak perkara-perkara diluar pengetahuan masz pasal ilmu astronomi sedikit sebanyak terungkai.... Bagaimana nak menentukan peralihan bulan ke bulan, macamana nak menentukan awal ramadhan, aidil Fitri n aidil adha... Semuanya menunjukkan kekuasan Allah yang maha Esa.... Dalam pada kita rasa dunia ni luas... sebenarnya kita nni duduk dalam kawasan yang amat Kecil dalam Galaksi Angkasa....... kalau difikirkan, tak terjangkau di fikiran Masz kehebatan angkasa raya...
Mula-mula rasa jugak apa kena mengena ilmu Falak ni dengan bidang masz ni, tapi bila dah melalui konvensyen ni .. barulah Masz faham bahawa ilmu falak/astronomi ini terlalu dekat dengan kita....ibadah yang kita lakukan banyak perkaitannya dengan ilmu falak.
Gerhana Matahari akan berlaku pada 26 Januari 2009 ni... Kalau kat kuantan ni gerhana hanya 75-80 percent shj bulan menutupi matahari, kalau nak lihat gerhana yang secara keseluruhan dapat dilihat di Indonesia. .... Sebenarnya setiap kali gerhana, menunjukkan akan berlaku..perubahan musim...sebab tu kita kena sembahyang Sunat Gerhana agar musim yang akan datang ini cuacanya bertambah baik.... So.. apa2 pun kalau ada peluang untuk menghadiri konvensyen Falak ni..... hadirilah.... banyak yang membuat kita berasa kebesaran ciptaan ALLAH....

Monday, December 15, 2008

Nur Nabilah


Ni Anak Masz yang Ke-3. Masa ambil gambar ni umur dia 5 Bln. Skrg ni Nabilah berumur 1 tahun 3 Bln. Bila Nabilah berumur 1 tahun 7 bulan, insyaallah dah dapat adik.... Kecik lagi Nabilah dah jadi Kakak yea. Tak pe yea nabilah.... Mama Cayang Nabilah...

Thursday, November 27, 2008

Nur Hanisah

Ni anak masz yang kedua.. namanya Nur Hanisah... 4 yrs...

Sebab minat sgt beli online

Hari ni rasa nak update blog yang lama ditinggalkan.. teringat nak update tapi tak kesampaian. Cuma ari ni masz nak cite , sbb minat sgt beli online lebih-lebih lagi barang baby, sampai masz boleh menulis artikel tentang online bisnes ni.... n diterbitkan kat jurnal tmpt masz keje.... hehehe so tak membazir jugaklah minat nni yea...

Tapi habit beli online memang tak nampak mcm pegi shopping, tapi bila abih duit kalah orang pegi shopping.... tapi nak wat macamana... terimalah seadanya...
nanti masz sambung lah.......

Wednesday, January 9, 2008

Tips untuk mengekalkan susu ibu

Tip ini adalah berdasarkan pengalaman saya. Caranya ambil 5 biji buah kurma lepas tu blend dengan segelas air... lepas itu minum....insyaallah ia dapat mengekalkan jumlah susu ibu dan ibu pun akan rasa lebih bertenaga secara natural. Untuk menambahkan lagi keenakan jus kurma tadi, ibu-ibu juga boleh mencampur dengan susu segar... kalau nak blend sepenuhnya dengan susu segar pun boleh...tapi takut rasa muak...so ibu-ibu campur separuh susu segar, separuh air masak...

Selamat mencuba...

Monday, January 7, 2008

Penyusuan Ibu sepenuhnya

Dulu masz selalu rasa macam x percaya je nak bagi susu ibu sepenuhnya pada baby... selalu rasa susah je bila nak buat macam tu... anak pertama dan kedua masz campur je dengan susu tepung... tapi keinginan nak bagi susu ibu tetap ada dalam hati masz sehinggalah....
Masz dapat anak ketiga pada 10-08-2007 (tarikh ni sama dengan anak kedua masz) dan diberikan nama Nur Nabilah...abah dia yang bagi supaya nabilah ini jadi anak yang pintar sesuai dengan nama yang diberi... Nabilah ni terlalu sensitif dengan susu ... masa dalam pantang masz cuba jugak biasakan dia dengan susu tepung (berbagai jenama tepung) sebab masz bekerja...takut kalau x biasakan dia xnak pulak nanti bila masz abis pantang.. tetapi setiap kali masz bagi muka nabilah akan merah padam secara tiba-tiba dan akan disusuli dengan muntah-muntah. Risau sangat melihat keadaan dia yang tidak boleh minum susu tepung apatah cuti bersalin dah hampir habis....
Tiba hari masz bekerja,apa yang masz boleh fikirkan adalah memerah susu untuk diberikan kepada si baby nanti.... alhamdulillah masz boleh perah susu sebanyak 8 OZ .... mesti kenyang nabilah nanti... tapi kuantiti tu cukup untuk separuh hari sahaja...
Dan sekarang alhamdulillah, susu untuk diberikan kepada nabilah sentiasa mencukupi dan kini nabilah sudah berumur 5 bulan...tubuh badannya sihat dan tegap dan sentiasa tersenyum..(teringat kat nabilah.. rindu kat dia)
Masz rasa perlu kongsi cerita ini sebab dulu masz rasa x mungkin ibu yang bekerja boleh memberi susu ibu sepenuhnya... tapi ternyata ianya lebih mudah dari yang disangkakan.. dan masz bersyukur tuhan tunjukkan jalan supaya masz dapat memberi susu ibu sepenuhnya pada baby masz...

Catatan Pertama

Hari ini masz cuba buat blog yang pertama...saja je untuk menulis apa yang nak ditulis.. (padahal orang lain lama dah ada blog sendiri) Bukan tak nak buat... tapi tak tau nak tulis apa..lagipun kerja-kerja kat opis pun banyak sangat sampai tak terbuat... tapi bukan maknanya sekarang x de kerja cuma dah pandai sikit menguruskan kerja supaya lebih teratur dan dapat menjimatkan masa (kira-kira dah expert sikit lah sekarang ni)